Kemenangan Manchester City ke atas United semalam merekodkan satu lagi pencapaian terbaru dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL0 dengan 14 kemenangan berturut-turut dalam satu musim.

Skuad kendalian Pep Guardiola itu menyamai rekod yang cipta oleh Arsenal walaupun The Gunners melakukannya dalam dua musim yang berbeza.

Chelsea telah memenangi 13 perlawanan berturut-turut pada musim lalu untuk meraih kejuaraan EPL tetapi City memperbaharui rekod tersebut di Old Trafford hasil jaringan gol David Silva dan Nicolas Otamendi.

City akan melihat untuk berada pada landasan tersendiri untuk mencipta kemenangan ke-15 ketika berkunjung ke Swansea City, Rabu ini.

Kemenangan City itu sekaligus mengakhiri rekod tanpa kalah United di laman sendiri, selepas bolos dua gol dalam saingan liga buat kali pertama sejak kali terakhir tewas dalam aksi 'derby' dengan keputusan yang sama.