City kerap kali kecewakan De Bruyne -- Jesus

Oleh Ammar Hakim 6 Ogos 2020 786
City kerap kali kecewakan De Bruyne -- Jesus
Gabriel Jesus berasakan Manchester City telah banyak mengecewakan raja assist, Kevin De Bruyne, musim ini.

Jesus dan De Bruyne menemui sasaran dalam separuh masa kedua ketika City mengatasi Real Madrid 2-1 di Santiago Bernabeu Februari lalu. 

Aksi timbal balik pusingan 16 Liga Juara-Juara yang dinanti-nantikan bakal dipertandingkan tanpa kehadiran penonton di Stadium Etihad Sabtu ini.

De Bruyne yang berjaya menyamai rekod bantuan jaringan Thierry Henry (20) dalam semusim.

Bagaimanapun, penyerang Brazil, Jesus, berasakan bilangan itu boleh meningkat lagi, menegaskan City telah banyak melepaskan peluang di sebalik 102 gol yang dihasilkan musim ini.

"Saya berasakan setiap perlawanan dia mampu menghasilkan tiga atau empat bantuan jaringan untuk City," katanya.

"Musim ini, kami banyak kali gagal menjaringkan gol, jika tidak Kevin sudah meraih 30 bantuan jaringan. Dia sangat cemerlang.

"Seorang pemain yang berkualiti dan sentiasa mencari penyerang. Saya sangat gembira bermain dengan dia."
   
 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen