City akan dapat dengan lebih ramai pemain baru -- pengerusi kelab

Oleh Ammar Hakim 25 Ogos 2020 2435
City akan dapat dengan lebih ramai pemain baru -- pengerusi kelab
Pengerusi Manchester City, Khaldoon Al-Mubarak, mengesahkan hasrat kelab untuk membawa masuk lebih ramai pemain pada jendela perpindahan kali ini dan menyasarkan untuk merebut kembali gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) daripada Liverpool.

Skuad kendalian Pep Guardiola tidak dapat untuk menjuarai EPL buat kali ketiga berturut-turut, selepas tewas kepada Liverpool, yang menamatkan saingan di tempat pertama dan berkelebihan 18 mata ke atas City.

Pemain sayap, Ferran Torres dan pertahanan Nathan Ake, sudah tiba di Stadium Etihad dan Khaldoon berkata City akan mencari peluang untuk memperkuatkan lagi pasukan mengikut kemahuan Guardiola.

"Ake dan Ferran Torres -- mereka merupakan pemain sasaran kami dan apabila peluang tiba, kami segera mendapatkan khidmat mereka.

"Terdapat beberapa lagi pemain yang diperlukan dan kami akan mengikut perancangan yang telah ditetapkan."
 
City kini dalam fasa untuk memperkukuhkan kembali skuad dengan spekulasi melibatkan pertahanan Napoli, Kalidou Koulibaly, sementara turut terlibat dengan Lionel Messi yang mula tidak berpuas hati di Barcelona.


 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen