Chilwell, Kieran Trippier tarik diri daripada skuad England 

Oleh Shaiful Shamsudin 14 Oktober 2020 1726
 Chilwell, Kieran Trippier tarik diri daripada skuad England 
England hilang khidmat Ben Chilwell dan Kieran Trippier menjelang pertembungan Liga Negara-Negara Eropah (UNL) dengan Denmark, awal pagi esok. 

Duo itu telah menarik diri daripada skuad semalam dan secara tidak langsung meninggalkan pengurus The Three Lions berkenaan, Gareth Southgate, dengan 28 pilihan pemain.

 

Pertahanan Chelsea, Chilwell, tidak diturunkan dalam dua perlawanan pembukaan antarabangsa terakhir ekoran kesalahan memelanggar protokol COVID-19 selain bergelut dengan kecederaan kaki.

Pertahanan Atletico Madrid, Trippier, pula terpaksa menarik diri atas alasan peribadi.

England mencatat kemenangan 2-1 ke atas Belgium di Wembley melalui jaringan kemenangan daripada Trippier yang beraksi sepanjang perlawanan, kelmarin.

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen