Chelsea perlukan pemain seperti Van Dijk -- Lampard

Oleh Nafis Abdullah 4 Julai 2020 288
Chelsea perlukan pemain seperti Van Dijk -- Lampard
Chelsea memerlukan seorang pemain yang mampu memberikan kesan sama dalam situasi bola mati seperti Virgil van Dijk di Liverpool, kata Frank Lampard.

The Blues menyaksikan Tomas Saucek mencatat jaringan hasil daripada sepakan sudut ketika tewas 3-2 di tangan West Ham United, Rabu lalu, walaupun usaha pertama dibatalkan ekoran ofsaid selepas Video Bantuan Pengadil (VAR).

Lampard melihat situasi bola mati sebagai salah satu kelemahan utama The Blues dan berpendapat ia harus diperbaiki apabila mengenal pasti sasaran perpindahan.

Pengendali Chelsea itu berpendapat Liverpool meningkatkan kualiti dalam situasi itu selepas membawa masuk Van Dijk, individu yang menjadi tunjang utama untuk The Reds bergelar juara Liga Perdana Inggeris, musim ini.

"Kami melihat kepada situasi bola mati pada musim ini, sambil mengenal pasti statistik daripada musim lalu. Kami menduduki kelompok terbawah jika mengambil kira situasi bola mati sewaktu bertahan dan dalam aspek pasukan lain meraih peluang ketika berdepan kami, Chelsea merupakan pasukan kedua," kata Lampard.

"Jika anda melihat secara peribadi dan saya tidak suka bercakap mengenai tempoh saya sebagai pemain tetapi kami tidak bekerja keras dan fokus terhadap situasi itu. Sesetengah pengurus melakukannya. Terdapat beberapa sebab dan ia kekal di bahu John Terry, Gary Cahill, Didier Drogba, Michael Ballack dan Branislav Ivanovic, jadi anda perlu kekal dan bertahan atau meledakkan gol.

"Saya fikir ia sama dengan Liverpool. Terdapat perbincangan mengenai cara mereka mengendalikan situasi itu beberapa tahun lalu. Mereka bertindak secara zonal dan banyak dibolosi.

"Mereka membawa masuk Van Dijk dan dia mengetuai segalanya. 

"Tidak diragui tentangnya. Saya bukan memberikan alasan kerana kami juga tidak beraksi dengan baik dan itu perlu diperbaiki. Apabila dilihat kepada pemain yang perlu dibawa masuk, berbekalkan keseimbangan skuad, ia menjadi tunjang utama."

Tentang Penulis

Nafis Abdullah

Komen