Chambers kekal di Emirates sehingga 2021

Oleh Penulis Jemputan 12 Oktober 2017 267
Chambers kekal di Emirates sehingga 2021
Pemain pertahanan, Calum Chambers, bersetuju untuk menandatangani kontrak baru bersama Arsenal, menyaksikannya kekal bersama pasukan itu sehingga 2021.

Pemain pertahanan itu menyertai Arsenal dari Southampton pada 2014 selepas berjaya menarik perhatian pengendali pasukan ketika itu, Mauricio Pochettino.

Dia pantas melalui karier yang hebat bersama Gunners, beraksi 23 kali dalam musim sulung untuk pasukan, melebihi musim sebelumnya bersama Southampton.

Bagaimanapun, kemunculan Hector Bellerin, ditambah dengan masalah kecederaan dan prestasi menyaksikan Chambers bergelut untuk mendapatkan tempat dalam senarai pengendali, Arsene Wenger, sehingga memaksanya dipinjamkan ke Middlesbrough pada musim lalu.

Chambers masih belum membuat sebarang penampilan pada musim ini selepas mengalami masalah kecederaan paha dan hanya sekali menyertai skuad ketika menghadapi Doncaster Rovers dalam saingan Piala Liga.

Diberikan peluang memperbaharui kontrak selama empat tahun, pemain England itu berharap agar dapat menjadikannya sebagai pemangkin semangat untuk kembali bangkit.

"Berbangga untuk menandatangani kontrak baru bersama Arsenal. Saya tahu saya masih muda dan mahu meraih karier yang hebat bersama pasukan.

"Saya mahu memenangi trofi sebanyak mungkin di sini dan akan membayar semula sokongan yang diberikan oleh penyokong-penyokong terhadap diri saya," katanya melalui laman sosial Twitter peribadi.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen