Nacer Chadli memuji penjaga gol West Brom, Ben Foster, sebagai pemain terbaik di atas padang selepas menidakkan banyak percubaan Tottenham dalam perlawanan yang berkesudahan 1-1.

Pemain kebangsaan Belgium itu meledak gol buat the Baggies pada minit ke-82 sebelum Dele Alli menyamakan kedudukan sebelum tamat perlawanan.

Chadli, yang telah meledak empat gol dalam empat perlawanan, berkata Foster harus diberikan penghargaan kerana mempamerkan aksi yang mantap dalam separuh masa pertama.

"Pada saya, Foster adalah pemain terbaik di atas padang," kata Chadli.

"Dia telah berjaya menidakkan percubaan pasukan lawan, cuma tidak bernasib baik di penghujung perlawanan.

Chadli telah membuat 119 penampilan bersama Tottenham sebelum berhijrah ke West Brom pada Ogos. Dia tidak meraikan jaringan gol sebagai tanda hormat kepada bekas kelabnya.

"Saya menghormati pasukan saya dengan tidak meraikan gol saya," katanya.

"Tottenham adalah kelab pertama saya di England dan saya menghormati pasukan itu, terutama sekali penyokongnya."