Cazorla diketepikan selama tiga bulan

Oleh Staff Writer 2 Disember 2016 0
Cazorla diketepikan selama tiga bulan

Arsenal akan kehilangan pemain tengah, Santi Cazorla, selama tiga bulan tatkala kelab itu memutuskan bahawa pemain itu perlu menjalani pembedahan.

Pemain berusia 31 tahun itu telah pun terlepas aksi selama enam minggu sejak mengalami kecederaan ketika aksi Liga Juara-Juara Eropah menentang Ludogortes, 19 Oktober lalu.

Tatkala kecederaan itu tidak sembuh dengan cepat seperti dijangkakan, Cazorla akan menjalani pembedahan di Sweden minggu depan bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Senario itu meletakkan Cazorla hanya akan kembali beraksi di peringkat akhir musim 2016-17.

"Pasukan perubatan telah membuat keputusan bahawa pembedahan perlu dilakukan terhadap plantaris tendon yang terletak di kaki kanan pemain itu," demikian kenyataan yang telah dimuat naik di laman sesawang rasmi Arsenal pada Khamis.

"Masalah tersebut tidak berkurangan ketika sesi pemulihan.

"Kami menjangkakan Santi akan memerlukan sekurang-kurangnya tiga bulan untuk kembali cergas sepenuhnya."

Berita tersebut dijangka akan mengejutkan pengendali, Arsene Wenger, yang menekankan minggu lepas bahawa mereka merasai kehilangan Cazorla ekoran hanya melakar satu kemenangan selepas lima perlawanan setakat ini.

Per Mertesacker dan Danny Welbeck turut mengalami kecederaan jangka panjang.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen