Jurgen Klopp percaya Chelsea perlu berpuas hati dengan permulaan musim ini walaupun menghadapi kesukaran apabila ketinggalan sembilan mata kepada pendahulu liga, Manchester City.

Skuad kendalian Antonio Conte itu meraih kejuaraan musim lalu tetapi menghadapi kesukaran mengulangi prestasi mereka selepas menghuni tangga ketiga -- tewas dalam aksi pembukaan kepada Burnley dan mengalami kekalahan berturut-turut kepada City dan Crytal Palace.

Tetapi Klopp berasakan Chelsea perlu berpuas hati dengan kedudukan mereka musim ini.

"Mereka kehilangan dua pemain utama, iaitu Nemanja Matic dan Diego Costa," kata Klopp.

"Sukar untuk mengulangi pencapaian dalam liga ini. City pula berada pada tahap terbaik dan tiada pasukan yang mampu mengejar mereka," tambahnya.

Klopp masih belum tewas dalam empat pertemuan dengan Chelsea sebagai pengurus Liverpool.