Bukan idea bagus untuk fikir kejuaraan liga -- Guardiola

Oleh Staff Writer 1 Disember 2019 1345
Bukan idea bagus untuk fikir kejuaraan liga -- Guardiola
Pep Guardiola berkata Manchester City tidak boleh memikirkan tentang kejuaraan Liga Perdana Inggeris selepas hilang cengkaman terhadap Liverpool susulan keputusan seri 2-2 dengan Newcastle United.

City dua kali mendahului di St James' Park menerusi jaringan ke-15 Raheem Sterling musim ini untuk kelab dan negaranya sebelum Kevin De Bruyne melepaskan rembatan kencang yang menghasilkan gol gemilang.

Namun, Jetro Willems, penjaring gol di Anfield awal musim ini, memberikan perbezaan dalam perebutan kejuaraan liga musim ini sambil Jonjo Shelvey menyamai kualiti sepakan De Bruyne untuk mengikat kedudukan dua minit sebelum tamat.

Sebelum ini, Guardiola pernah melalui detik di mana harapan untuk menjulang kejuaraan liga samar-samar setelah menyaksikan rentetan 14 kemenangan berturut-turut pasukan kendaliannya itu tamat susulan kekalahan 2-1 di tangan Newcastle, Januari lalu.

Selepas ketinggalan 11 mata di belakang skuad kendalian Jurgen Klopp, Liverpool, yang menewaskan Brighton and Hove Albion 2-1 walaupun Alisson dilayangkan kad merah, pengendali City itu tidak percaya kebangkitan sama patut berada dalam minda pemainnya sambil mereka bakal berdepan Burnley dan Manchester United selepas ini.

"Ia tidak sama. Kami mempunyai lawan lain yang menanti," katanya.

"Kini, kami harus cuba memenangi setiap perlawanan dan lihat apa akan berlaku.

"Bukan satu idea yang baik untuk memikirkan kami bermain buruk. Hari ini, saya fikir kami telah melakukan segalanya untuk mencipta kemenangan dan itu adalah realiti.

"Kami bermain pada tahap yang baik, bertahan, meraih situasi bola mati dan segalanya. Kami melakukan gerakan dengan baik, mencipta ruang dan beberapa kali tiba di depan gol.

"Malangnya, ia tidak cukup untuk memberikan kemenangan."

Dua kali mendahului tetapi dipadamkan dengan kebangkitan lawan membuktikan City semakin mudah ditembusi tetapi Guardiola memberikan pujian buat Newcastle.

"Bagus untuk menjaringkan satu gol, gunakan masa dan tambah satu lagi jaringan. Mereka bermain," tambahnya.

"Dalam satu situasi, kami bertahan dan melakukan tindakan baik. Satu lagi gol, Shelvey merembat bola ke penjuru gol."

Ditanya sama ada bekas pemain tengah Liverpool, Shelvey, memainkan peranan untuk memastikan trofi liga pertama buat The Reds dalam tempoh 30 tahun, pengurus Newcastle, Steve Bruce, menjawab: "Saya tidak tahu tentang itu!

"Saya tahu ia adalah jaringan keduanya dalam dua perlawanan dan tampak senyap dalam beberapa minggu. Jadi, saya teruja dengannya.

"Dia memberi reaksi dengan apa yang kami mahu lakukan dan seluruh pasukan tahu dia mempunyai kelebihan dengan tendangan hebat."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen