Pengendali Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer, tidak bimbang mengenai prestasi atau kecergasan Bruno Fernandes menjelang pertembungan dengan Fulham.

Fernandes tidak menghasilkan sebarang jaringan atau assist dalam tiga perlawanan terakhir saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Dia mula menampilkan kekecewaan ketika digantikan dalam perlawanan bertemu Liverpool yang berkesudahan seri tanpa jaringan di Anfield.

United yang kini banyak bergantung kepada Fernandes dan betapa tingginya risiko untuk merehatkannya.

Dan Solskjaer tidak berancang menjelang perlawanan dengan Fulham awal pagi esok, mempertahankan prestasi pemain kebangsaan Portugal itu masih lagi tidak terjejas.

"Dia dalam prestasi yang baik, dia baru sahaja diangkat sebagai Pemain Terbaik Bulan Disember," kata Solskjaer.

"Dia tidak pernah, tidak sama sekali.

"Dia antara salah seorang pemain yang melakukan larian dan meliputi hampir keseluruhan sudut padang dalam setiap perlawanan dan sentiasa segera pulih ke tahap terbaik.

"Jika dia menjaringkan sepakan percuma [berdepan Liverpool], jika dapat melompat dengan lebih tinggi ketika Luke [Shaw] melakukan hantaran, dia boleh sekali lagi diangkat sebagai pemain terbaik Liga Perdana.

"Sejak dia tiba, Bruno telah bermain cemerlang."

Fernandes hanya melengkapkan 11 daripada 20 hantaran ketika bertemu Liverpool dan menghasilkan peluang yang terbaik, tetapi Solskjaer percaya keputusan positif pasukan tidak bergantung kepada seorang pemain tetapi kepada keseluruhan pasukan.


United tidak tewas dalam 11 perlawanan liga bertemu Fulham dan telah meledak 29 gol.

Mereka juga tidak tewas dalam lapan perlawanan liga bertemu pendatang baru, menang enam daripadanya.