Bruce gembira Joelinton temui sentuhan jaringan

Oleh Ammar Hakim 22 Jun 2020 64
Bruce gembira Joelinton temui sentuhan jaringan
Steve Bruce gembira dengan persembahan Joelinton setelah penyerang Newcastle United itu mengakhiri kemarau gol Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika merekodkan kemenangan 3-0 ke atas Sheffield United.

The Magpies meneruskan aksi EPL berikutan penangguhan saingan ekoran Covid-19.

Selepas Pemain Sheffield, John Egan, dikeluarkan pada minit ke-50, Allan Saint-Maximin dan Matt Ritchie meletakkan Newcastle di hadapan.

Joelinton melengkapkan kemenangan dengan gol liga pertamanya sejak kali terakhir ketika mengatasi Tottenham 1-0 Ogos lalu.

Pengurus Magpies, Bruce gembira menyaksikan bekas pemain Hoffenheim itu mengakhiri penantiannya untuk menjaringkan gol, menganggap Joelinton telah melewati saat yang sukar sebelum ini.

"Kami semua gembira untuknya," kata Bruce. "Dia mungkin agak kecewa terutama ketika penangguhan saingan, dia tidak bersama keluarga dan dia terkurung dalam rumahnya.

"Ia amat sukar baginya tetapi saya gembira untuknya kerana dia seorang pemain profeional dan berharap dia akan terus meningkat naik."



Miguel Almiron membuat bantuan jaringan untuk Joelinton dan Saint-Maximin tampil cemerlang dalam trio serangan Newcastle.

Newcastle kini memiliki kelebihan 11 mata daripada tiga terbawah dengan berbaki lapan perlawanan.

"Kami ingin kembali melakukan persembahan yang terbaik selepas berehat panjang, Newcastle memiliki barisan pemain untuk kekal beraksi di tahap terbaik dan mahu menghadirkan ancaman."

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen