Brighton and Hove Albion sudah pasti akan kekal dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan selepas seri awal pagi tadi, sementara Everton memberikan tamparan hebat buat harapan Sheffield United mendapatkan tempat beraksi di Eropah.

Seri tanpa jaringan dengan Newcastle United menyaksikan skuad Brighton yang dikendalikan oleh Graham Potter terselamat daripada penyingkiran.

"Kami telah selamat, sasaran telah tercapai," kata Lewis Dunk kepada Sky Sports.

"Ia sangat kecewa kami gagal meraih jaringan, tetapi lawan juga gagal menghasilkan percubaan dengan efektif. Ia bukanlah perlawanan terbaik -- saya berasakan kedua-dua pasukan telah menafikan antara satu sama lain."

Dia Bramall Lane, Richarlison meledak gol tugas buat Everton untuk merekodkan kemenangan pertama selepas lima perlawanan.

Pemain kelahiran Brazil itu menanduk masuk hantaran Gylfi Sigurdsson hingga memaksa United gagal memberikan tindak balas, kekalahan tipis itu meyaksikan mereka kekal di tangga kelapan menjelang aksi terakhir Ahad ini.