Bintang Liga Perdana Inggeris umum derma #PlayersTogether

Oleh Nafis Abdullah 9 April 2020 129
Bintang Liga Perdana Inggeris umum derma #PlayersTogether
Bintang Liga Perdana Inggeris mengumumkan kewujudan sumbangan derma untuk membantu badan kesihatan di Britain susulan wabak coronavirus.

Pemain seperti kapten Liverpool, Jordan Henderson, dan ketua pasukan Manchester United, Harry Maguire, mengesahkan perancangan itu dalam media sosial, kelmarin.

Pengumuman itu hadir selepas Setiausaha Kesihatan Britain, Matt Hancock, menggesa pemain bola sepak bergaji besar di negara itu untuk memainkan peranan dalam membantu memerangi krisis COVID-19.

Kenyataan itu menerima kritikan daripada banyak pihak termasuk pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer, yang menyifatkannya sebagai sesuatu yang tidak adil apabila menjadikan pemain bola sepak sebagai sasaran mudah tatkala perbincangan dengan badan kesihatan sedang diadakan.

"Susulan minggu lalu, kami selaku kumpulan pemain Liga Perdana Inggeris telah berbincang untuk mewujudkan tabung derma dan mendapatkan wang untuk diberikan kepada mereka yang memerlukan ketika krisis COVID-19, membantu memerangi wabak itu serta barisan depan NHS. Ini adalah detik sukar buat negara dan NHS. Kami terpanggil untuk menghulurkan bantuan," kata wakil pemain.

"Selepas perbincangan lanjut, kami mengesahkan sebilangan besar pemain daripada liga telah mendapatkan usaha secara kolektif, #PlayersTogether, dan bergabung dengan NHS Charities Together (NHSCT) dalam usaha membantu dan mendapatkan dana secara pantas.

"NHSCT adalah badan kerajaan yang berdaftar dengan 150 derma, bekerjasama dengan Pesuruhjaya Derma, Badan Kesihatan dan Sosial serta NHS ENgland. Ia adalah rakan derma rasmi buat NHS.

"#PlayersTogether adalah tentang kami selaku pemain bekerjasama untuk mendapatkan sumbangan berdasarkan perbincangan dengan pemain daripada pasukan berbeza dan ia boleh digunakan buat mereka yang memerlukan. Untuk membantu, sama seperti negara lain, kami mahu berikan perbezaan.

"Doa kami sentiasa buat mereka yang terkesan. Bekerjasama akan dapat membantu kami memerangi perkara ini"."

Tentang Penulis

Nafis Abdullah

Komen