Bilik persalinan Spurs tidak puas hati, itu gembirakan saya -- Mourinho

Oleh Ammar Hakim 30 November 2020 9318
Bilik persalinan Spurs tidak puas hati, itu gembirakan saya -- Mourinho
Jose Mourinho mendedahkan pemain-pemain Tottenham kecewa di sebalik seri tanpa jaringan dengan Chelsea, dengan pengendali Spurs menyifatkan ia sebagai 'perubahan penuh terhadap mentaliti'.

Spurs kembali ke puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) -- secara perbezaan jaringan -- hasil seri 0-0 di Stamford Bridge awal pagi tadi.

Tottenham yang menang 2-0 ke atas Manchester City sebelum ini, sekadar melakukan lima percubaan, dengan hanya satu tepat ke sasaran, di mana hadir menerusi Serge Aurier pada minit ke-15.

Chelsea pula melakukan 13 percubaan, dengan Hugo Lloris dipaksa menafikan tiga peluang The Blues.

Mourinho percaya seri adalah keputusan yang adil tetapi menegaskan pasukannya tidak berpuas hati, reaksi yang dipercayai merupakan perkembangan pasukannya.

"Satu perkara yang boleh saya ambil daripada perlawanan ini, bahawa seri adalah perkara yang normal dan keputusan yang positif," katanya.

"Mendahului liga denagn keputusan itu adalah perkara yang positif dan bilik persalinan saya tidak gembira -- ia adalah perkara terbaik yang saya ambil daripada perlawanan ini.

"Kami tidak gembira, dan itu bagi saya hebat. Ini adalah perubahan mentalti yang lengkap, perubahan keperibadian yang lengkap.

"Anda boleh memberitahu kami bahawa kami tidak mempunyai banyak peluang, dan saya setuju, tetapi berapa banyak yang mereka ada? Itulah perkara yang membuat saya sangat gembira -- kami tidak berpuas hati dengan keputusan seri di Stamford Bridge."
  Ini adalah kali pertama Chelsea dan Spurs -- yang masing-masing berada dalam lapan dan sembilan perlawanan tanpa kalah -- beraksi tanpa jaringan dalam saingan EPL sejak November 2015, dan kali pertama dalam perlawanan utama di Stamford Bridge sejak Mac 2012.

"Ia perlawanan tanpa banyak peluang. Saya percaya ia adalah permainan di mana mereka mahu menang seperti kami, tetapi kami menghormati mereka dan mereka juga menghormati kami, dan tidak ada yang mengambil risiko, tidak ada yang cuba mengubah arah permainan," said Mourinho.

"Semua orang berada dalam situasi 'satu kesalahan, saya menghukum anda, saya menang', terutamanya dalam 15, 20 minit terakhir. Permainan besar, permainan sukar untuk dimainkan untuk kedua-duanya." 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen