MANCHESTER UNITED 1 WEST HAM 1

Slaven Bilic gembira menyaksikan usaha yang dipamerkan oleh West Ham selepas berjaya memungut mata berharga ketika bertemu Manchester United di Old Trafford.


The Hammers membuka jaringan seawal minit kedua perlawanan menerusi percubaan Diafra Sakho sebelum Zlatan Ibrahimovic menyamakan kedudukan pada minit ke-21.

Walaupun The Hammers gagal melakar kemenangan dalam empat perlawanan, Bilic menyifatkan ada perkara positif yang dapat diambil daripada keputusan ini.

"Saya sangat berpuas hati dengan persembahan pasukan dan satu mata yang kami peroleh," kata Bilic.

"Ketika anda telah menjaringkan gol, anda seharusnya memiliki keyakinan yang tinggi dan berusaha untuk menggandakan jaringan.

"Dalam separuh masa pertama, United bermain lebih baik berbanding kami. Mereka tidak mensia-siakan peluang untuk menjaringkan gol penyamaan.

"Saya memuji persembahan pemain-pemain, mereka mempamerkan komitmen, semangat sepasukan dan terutama sekali aksi yang berkualiti dalam separuh masa kedua."