Pengendali Chelsea, Frank Lampard, yakin mengenai berita Mason Mount bimbang mengenai tempatnya dalam skuad The Blues berikutan ketibaan Kai Havertz adalah 'palsu'.

Mount menikmati musim 2019-20 yang cemerlang bersama Chelsea, selepas kembali setahun selepas dipinjamkan ke Derby County, di mana dia beraksi di bawah bimbingan Lampard.

Pemain tengah itu beraksi 37 kali dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), menjaringkan tujuh gol dalam membuat lima bantuan jaringan, sementara turun tujuh kali bersama skuad England sejak bermulanya musim 2019-20.

Tetapi kehadiran Havertz dari Bayer Leverkusen telah mencadangkan kedudukan Mount semakin tergugat.

Terdapat laporan daripada Jerman yang turut membimbangkan Mount -- namun Lampard menegaskan ia bukanlah kisah benar.

"Saya telah melihat berita mengenai Mount, saya tahu ia adalah palsu, terutama sekali apabila melibat pemain muda yang meninggalkan Jerman," kata Lampard.

"Saya mahu menjelaskan di sini, saya akan bertindak adil dalam membuat pilihan kesebelasan utama. Saya akan memilih mereka yang memberikan prestasi cemerlang dalam sesi latihan.

"Semua pemain perlu positif, berlatih dan bermain dengan sebaik mungkin."