Asmir Begovic mengalu-alukan John Terry untuk mengikutinya berhijrah dari Chelsea ke Bournemouth.

Penjaga gol Bosnia-Herzegovina itu yang menamatkan tempoh dua tahun di Stamford Bridge dengan berpindah ke pantai selatan untuk mencari pasukan utama, telah bermain sebahagian besar sebagai pemain kedua selepas Thibaut Courtois untuk juara Liga Perdana Inggeris itu.

Terry mengumumkna perpisahannya bersama Chelsea pada akhir musim dan masih belum menyatakan komitmen untuk bermain di tempat lain.

Aston Villa menjadi pasukan terbaru dikaitkan dengan bekas kapten England itu tetapi Begovic -- yang bermain untuk Bournemouth sebagai pemain pinjaman pada awal kerjaya -- mahu melihat ketua pasukan lamanya itu berhijrah ke Stadium Vitality.

"Bournemouth, ia akan menjadi hebat memilikinya di sana," katanya.

"Dia seorang pemain yang hebat. Dia jelas pemain pertahanan yang terbaik dalam Liga Perdana Inggeris. Dia seorang legenda di Chelsea dan dia berhak untuk membuat keputusan yang tepat untuk diri dan keluarganya."

Begovic berkata: "Saya harap dia melakukan apa yang tepat dan gembira dengan keputusannya, dan saya mengharapkan yang terbaik untuk masa depannya."