CHELSEA 4 MANCHESTER UNITED 0

Juan Mata mengakui kekalahan 4-0 kepada Chelsea dalam aksi Liga Perdana Inggeris merupakan pengalaman yang amat pedih buat Manchester United.


Pedro Rodriguez hanya memerlukan 30 saat untuk membuka jaringan buat Chelsea sebelum Gary Cahill menggandakan pendahuluan pada minit ke-21.

United gagal bangkit daripada perlawanan ini selepas jaringan Eden Hazard dan N'Golo Kante menambah lagi luka kepada skuad bimbingan Jose Mourinho dalam babak kedua perlawanan.

"Ini merupakan keputusan yang sangat teruk," kata bekas pemain tengah Chelsea, Mata, kepada Sky Sports.

"Kami gagal bermain dengan baik sejak permulaan perlawanan.

"Saya berasakan kami hampir menjaringkan gol tetapi Chelsea berjaya menjaringkan setiap peluang yang mereka miliki.

"Kami hanya kehilangan tiga mata, kami memiliki perlawanan yang penting, jadi kami perlu bangkit daripada kekalahan ini."