Bailly: Persaingan buat United lebih ampuh 

Oleh Penulis Jemputan 7 Oktober 2017 1386
Bailly: Persaingan buat United lebih ampuh 
Eric Bailly menyifatkan persaingan mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama Manchester United akan membantu pasukan untuk berusaha menjuarai Liga Perdana Inggeris.

Pertahanan United itu telah terlepas aksi pertama musim ini apabila mereka meraih kemenangan 4-0 ke atas Crystal Palace sebelum saingan perlawanan antarabangsa bermula.

Bailly dan Phil Jones telah mempamerkan persembahan menyerlah dan menjadi pilihan utama Jose Mourinho tetapi Chris Smalling dan Victor Lindelof mempamerkan saingan sengit manakala Marcos Rojo semakin hampir pulih daripada kecederaan.

United hanya bolos dua kali dalam tujuh perlawanan dan Bailly berasakan persaingan di antara pemain-pemain merupakan kunci menjadikan pasukan ini lebih ampuh.

"Saya berasakan ia sangat penting," kata Bailly.

"Ia sangat penting buat pemain-pemain muda supaya tidak terlalu selesa.

"Kami perlu terus bekerja keras jika mahu mencipta kejayaan pada penghujung musim ini," katanya.

Ditanyakan sama ada dia berbangga dengan rekod bertahan United, Bailly berkata, "Sememangnya ya. Ia merupakan penanda aras untuk semua pertahanan, untuk melihat gawang yang dibolosi kekal pada sifar.

"Ia merupakan merupakan sasaran saya dan saya mahu memastikan rekod ini akan terus cemerlang sehingga penghujung musim."

United bakal berkunjung ke Anfield berdepan Liverpool pada 14 Oktober apabila saingan Liga Perdana Inggeris bersambung.
 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen