Pengurus Arsenal, Mikel Arteta, memuji Thomas Partey dan impaknya ketika bintang tengah itu membuat persiapan kembali untuk The Gunners.

Partey sekadar beraksi enam kali untuk Arsenal sejak berhijrah dari kelab LaLiga, Atletico Madrid tiga bulan lalu.

Satu satu daripadanya terhasil dua bulan lalu, selepas mengalami kecederaan paha ketika Arsenal tewas 2-0 kepada Tottenham Disember lalu.

Bagaimanapun, Partey dijangka kembali turun beraksi berdepan Crystal Palace dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi esok, dan Arteta teruja kerana dapat menurunkan salah seorang orang utamanya sekali lagi.

"Saya rasa dia memberikan kehadiran yang berbeza -- dia membawa sesuatu yang berbeza ke dalam pasukan," kata Arteta. "Ia bukan hanya mengenai bakatnya, bukan hanya mengenai fizikalnya, tetapi dengan perwatakannya.

"Dia menjadikan pemain sekelilingnya beraksi dengan lebih baik dan itu merupakan kualiti yang penting.


"Kami masih belum menampilkan impak dalam pasukan. Semestinya dia amat diperlukan jadi ia merupakan satu bonus jika dia dapat kekal cergas."