Mikel Arteta mencabar Pierre-Emerick Aubameyang untuk kekal di Arsenal dan menjadi legenda kelab.

Aubameyang menjaringkan kedua-dua gol -- sama seperti apa yang dilakukan ketika meraih kemenangan separuh akhir ke atas Manchester City -– ketika Arsenal menyempurnakan kebangkitan untuk menang 2-1 ke atas Chelsea dalam aksi final Piala FA, Sabtu lalu.

Bekas penyerang Borussia Dortmund itu telah meledak 70 gol dalam semua pertandingan sejak berhijrah menyertai The Gunners pada Januari 2018, tetapi masa depannya kini menjadi perbualan utama.

Aubameyang kehabisan kontrak tahun depan, namun Arteta mengulanginya keyakinan menyaksikan pemain kebangsaan Gabon itu bersedia untuk kekal di Stadium Emirates.

Selepas jaringan kemenangannya ke atas Chelsea, dia dicabar jurulatihnya sendiri untuk meletakkan diri seiring dengan Ian Wright dan Thierry Henry dalam sejarah Arsenal.

"Ia merupakan perkara paling sukar dalam bola sepak, namun dia membuatkannya seperti sesuatu yang mudah, lihat kepada jaringan keduanya," kata Arteta.

"Kami sentiasa memiliki penyerang yang berkualiti dan Auba berhak tergolong untuk seiring dengan penyerang yang bertarag legenda The Gunners.

"Dengan memenangi gelaran, dia semakin hampir untuk mencapai tahap tersebut serta perlu kekal bersama kelab.

"Kami berharap dapat memiliki untuk beberapa musim lagi."
Arteta turut memuji etika kerja Aubameyang -- kapten pasukan untuk memberikan contoh terbaik kepada pasukan di mana pemain seperti Mesut Ozil dan Matteo Guendouzi yang kehilangan tempat dalam skuad daripada standard yang ditetapkan pengendali tersebut.


"Masalah paling utama adalah untuk meyakinkan [Aubameyang] untuk terus meneruskan usahanya," tambah Arteta.

"Dia mahu berhijrah untuk meraih lebih lagi, lebih dihormati dan hormat itu kini dilihat seperti apa yang dikagumkan -- rakan sepasukannya amat mengagumi komitmennya."