Mikel Arteta menggesa barisan pemain Arsenal agar memenuhi harapan beraksi bersama kelab itu.

Arsenal akan menutup kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) pasukan yang terancam penyingkiran, Watford, Ahad ini tatkala menghuni tempat ke-10.

Mereka hanya mampu mengharapkan tangga kelapan, justeru perlawanan penentuan Piala FA menentang Chelsea merupakan tiket mereka untuk ke pentas Liga Europa.

Arteta mula mengambil alih tampuk pengurusan di Stadium Emirates susulan pemecatan Unai Emery di pertengahan musim ini selepas gagal menang dalam tujuh perlawanan.

Dalam tempoh awal pelantikan Emery, laungan "Arsenal kami sudah kembali " mula berkumandang selepas mereka diselubungi suasana negatif pada tahun-tahun terakhir asuhan Arsene Wenger.

Kemenangan 2-1 ke atas juara EPL, Liverpool, termasuk kemenangan mengagumkan dalam aksi separuh akhir Piala FA ke atas Manchester City banyak membantu Arteta meredakan ketegangan dan keresahan peminat dalam berhati-hati memenuhi impian di utara London itu.

Begitupun, bekas pemain tengah itu sedar akan tugas yang ada di depannya dan akan lebih khuatir seandainya penyokong Arsenal mula berhenti menuntut kejayaan.

"Saya datang ke mari dan saya tahu cabarannya -- dilantik di pertengahan musim dan memikul segala masalah yang berlaku," katanya.

"Sebaik sahaja saya berada di sini, saya mula membuat penilaian, menyedari dan mula memahami mengapa semua perkara ini terjadi.. Ia disebabkan banyak aspek keci (yang diabaikan).

"Saya sangat yakin bahawa kami akan melakukannya dengan betul. Kami memerlukan sedikit masa. Barisan peminat apabila mereka gusar, ia adalah satu tindakan normal.

"Bagi saya, ia bukan kerana mereka khuatir. Ia satu bentuk kekecewaan berdasarkan sejarah kelab ini."




Dia menambah: "Mereka yang mempunyai kaitan dengan lencana ini sering dikaitkan dengan kejayaan, kegembiraan, emosi, dan piala.

"Kami tidak boleh mengubah hakikat itu dan kami tidak boleh cuba mengubahnya. Itulah yang menjadikan kami sebagai sebuah pasukan yang disegani. ia adalah satu-satunya cara untuk memikirkan kelab ini dan masa depannya."

"Sekiranya kami bergerak seiring, kami boleh mencapainya. Tetapi kami perlu melaksanakannya terlebih dahulu sebelum menyebarkannya kepada pemain, setiap kakitangan termasuk orang ramai dan juga peminat."

Dalam masa sama, The Gunners terpaksa akur kehilangan Shkodran Mustafi bagi baki aksi musim ini bertemu West Ham di laman sendiri, Ahad ini, selepas pertahanan tengah itu dilanda kecederaan hamstring.