Ketua jurulatih Arsenal, Mikel Arteta, gembira untuk mengekalkan David Luiz di kelabnya.

Kontrak David Luiz, 33, akan tamat pada penghujung musim ini dan dilihat akan meninggalkan kelab itu.

Pemain Kebangsaan Brazil itu tiba di Arsenal tahun lalu dan telah melakukan 32 penampilan musim ini menjelang pertemuan dengan Manchester City awal pagi esok.

Arteta bersedia untuk mengekalkan bekas pertahanan Chelsea itu sambil mengakui kepentingan David Luiz dalam pasukannya.

"Saya amat gembira dengan David, saya mahu mengekalkannya di sini bersama kami.

"Dia menjadi suri teladan sejak menyertai pasukan ini.

"Saya suka dengan apa yang dihasilkannya di atas padang.

"Saya suka pengaruhnya dalam kalangan pemain dan kelab ini.

"Saya amat gembira untuk mengekalkannya," katanya.

Menjelang pertemuan dengan City, Arsenal berada di tangga kesembilan Liga Perdana Inggeris dengan ketinggalan lapan mata daripada pasukan di tangga keempat, Chelsea.