Pemain tengah, Harry Arter, berkata Nathan Ake berhak mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama Chelsea.

Ake dipinjamkan ke Reading dan Watford sebelum bersama Bournemouth bagi menghadapi musim 2016-17.

Pertahanan kebangsaan Belanda itu telah menjaringkan tiga gol dalam lapan penampilan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini, termasuk gol kemenangan ke atas Stoke City dan Liverpool.

Arter percaya Ake telah membuktikan kualiti yang dimilikinya untuk membarisi jentera pertahanan Chelsea selepas tempoh pinjamannya di Stadium Vitality berakhir.

"Nathan berhak menerima setiap pujian yang diberikan kepadanya," kata Arter.

"Saya tidak meragui tahun hadapan dia akan kembali ke Chelsea dan berada di dalam kesebelasan utama pasukan.

"Secara peribadi, dia sudah bersedia untuk The Blues, terutama sekali dengan sistem yang diterapkan oleh pengendali pasukan, Antonio Conte."