Mikel Arteta yakin skuad Arsenal sudah mula menerima cabaran untuk mengubah mentaliti dalam kelab tetapi berkata pemain-pemain untuk memotivasikan diri sendiri untuk cemerlang bagi jangka masa panjang.

Persoalan mengenai kekuatan mental The Gunners sering kali timbul dan Arteta menyaksikan pasukan kendaliannya dikritik hebat berikutan kekalahan kepada Manchester City dan Brighton and Hove Albion selepas saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) bersambung.

Sejak itu, tewas 2-1 kepada Tottenham merupakan keputusan yang negatif buat mereka dalam tempoh lapan perlawanan dalam semua pertandingan.

Kemenangan 2-1 ke atas juara EPL, Liverpool, diikuti dengan kemenangan 2-0 kepada City dalam aksi separuh akhir Piala FA dan ditanyakan jika terdapat pertukaran dalam mentaliti pasukan, Arteta berkata, "Saya cuba meyakinkan mereka bahawa Arsenal tidak mampu untuk bersaing dengan pasukan elit England ketika ini.



"Terdapat perkara yang perlu diperbaiki tetapi jika mereka sanggup untuk melakukan perubahan, kami akan memiliki peluang.

"Kami memiliki peluang untuk cemerlang dan pemain yang secukupnya untuk menghasilkan keputusan yang positif."
Arsenal sering kali memiliki pendekatan yang lemah Arteta percaya mereka berada di landasan tepat untuk mengubah bagaimana mereka perlu dilihat.

"Perkara paling asas adalah melakukan yang terbaik. Kritikan yang diterima adalah adil, kadang-kala tidak.

"Apabila anda menang, segalanya positif. Mempamerkan aksi yang sama tetapi tewas, persepsi akan berubah. Tetapi ia segalanya bergantung kepada perasaan kami dan berasakan pasukan di landasan terbaik."