Pemain sayap Leicester City, Riyad Mahrez, mendedahkan Arsenal telah cuba untuk mendapatkan khidmatnya tetapi juara Liga Perdana Inggeris itu enggan menjualnya.

Pemain kebangsaan Algeria itu telah dikaitkan dengan perpindahan ke Stadium Emirates sebelum musim 2016-17 bermula, namun perkara itu tidak menjadi kenyataan.

"Pihak Arsenal telah menghubungi kelab," jelas Mahrez.

"Namun, Leicester mahu menyimpan saya kerana nilai saya terlalu tinggi. Saya tidak mahu mencetuskan sebarang konflik jika Arsenal melakukan sebarang tawaran untuk mendapatkan khidmat saya.

"Secara peribadi, kekal bersama The Foxes merupakan satu keputusan yang tepat.

"Sekarang segala-galanya terpulang kepada saya untuk sekali lagi membuktikan kebolehan saya."

Pemain berusia 25 tahun itu telah menandatangani kontrak jangka masa panjang untuk kekal bersama Leicester sehingga Jun 2020.