EVERTON 0 ARSENAL 0

Carlo Ancelotti dan Mikel Arteta menyaksikan kelab baru yang bakal dikemudi mereka, Everton dan Arsenal, memperagakan permainan berkualiti rendah ketika buntu tanpa jaringan di Goodison Park sebentar tadi.

Pelantikan Ancelotti disahkan oleh Everton kurang sejam sebelum sepak mula pertemuan itu, namun bekas pengurus Real Madrid dan Chelsea berkenaan berkemungkinan akan berasa lebih gembira berbanding pengurus baru The Gunners, Arteta.

Pengurus sementara kelab London itu, Freddie Ljungberg, menamakan barisan muda dalam kesebelasannya yang menyaksikan Mesut Ozil dipinggirkan, namun mereka gagal mencipta peluang kepada ketua pasukan, Pierre-Emerick Aubameyang.

Begitu juga dengan Duncan Ferguson, yang memungut empat mata daripada dua perlawanan hasil pertemuan dengan Chelsea dan Manchester United, apabila bakal mengundurkan diri bagi memberi laluan kepada Ancelotti untuk memulakan tugas mengendalikan perlawanan liga minggu depan.

Penampilan pertama Alex Iwobi berdepan bekas kelabnya itu hanya bertahan 10 minit sebelum dia terpaksa digantikan akibat kecederaan hamstring.

Sepakan percuma Gylfi Sigurdsson yang menuju ke arah luar jaring merupakan peluang paling menarik buat kedua-dua pasukan menguji penjaga gol dalam separuh masa pertama tatkala Arsenal pula hanya sempat membuat satu percubaan tepat.

Jordan Pickford tangkas menyelamatkan rembatan jarak dekat Aubameyang sejurus perlawanan bermula dan tindakan susulan penyerang itu tetap dapat dipatahkan penjaga gol itu.

Dominic Calvert-Lewin sempat menghalang satu serangan berbahaya yang jarang berlaku ke arah Everton sambil Arsenal mempamerkan penyudah tumpul meskipun menguasai sebahagian besar babak kedua.

Ferguson sekali lagi mencuri perhatian apabila buat kali kedua berturut-turut membuat pertukaran dengan mengeluarkan pemain gantian yang masuk mengisi tempat Iwobi, Cenk Tosun, bagi memberi laluan kepada Moise Kean, yang turut mengalami nasib yang sama di Old Trafford hujung minggu lalu apabila berkesempatan beraksi selama 19 minit.