Pemain tengah England dan Tottenham Hotspur, Dele Alli, telah digantung satu perlawanan ekoran tindakan melibatkan isu perkauman sensitif di media sosial selepas diumumkan oleh Persatuan Bolasepak England (FA).

Alli didakwa FA pada Februari lalu susulan video di Snapchat yang menunjukkan dia mengejek seorang pemuda Asia sambil merujuk coronavirus.

Video tersebut menunjukkan Alli memakai topeng muka di lapangan terbang dengan kenyataan "apa itu corona, sila dengar". Ia menjurus kepada seorang lelaki yang tidak sedar sedang dirakam sebelum mengalihkan kepada sebotol pencuci tangan.

Dia juga menulis: "Virus perlu lebih pantas untuk mendapatkan saya."

Pemain berusia 24 tahun itu kemudian memadamkan video tersebut dan meminta maaf kepada rangkaian media sosial China, Weibo.

Dia menafikan video awal itu melanggar peraturan FA dan berkata dia merakam aksi lelaki itu kerana terbatuk, bukan kerana bangsanya.

Namun, penggantungan itu bermakna dia bakal terlepas aksi melayan kunjungan Manchester United dalam perlawanan pertama sejak Liga Perdana Inggeris disambung, minggu depan.

Dia juga perlu membayar denda GBP50,000 (RM269,912) serta menjalani pembelajaran selepas badan berkuasa mendapati tindakannya itu menghina dan tidak patut di bawah Undang-Undang FA e# (1).

Hukuman terhadap Alli itu tampak menyamai apa yang diterima Bernardo Silva pada tahun lalu selepas perancang Manchester City itu meletakkan gambar membandingkan rakan sepasukannya, Benjamin Mendy dengan produk manisan Sepanyol, Conguitos.

Jenama Conguitos telah dikritik kerana melibatkan isu perkauman.