Allardyce mahu Barkley kekal di Goodison Park

Oleh Penulis Jemputan 4 Disember 2017 252
Allardyce mahu Barkley kekal di Goodison Park
Pengurus Everton, Sam Allardyce, bimbang jika pemain tengah, Ross Barkley, telah mengambil keputusan untuk meninggalkan kelab.

Pemain berusia 23 tahun itu telah dilaporkan hampir menyertai Chelsea sebelum musim ni bermula tetapi mengambil keputusan untuk kekal di Goodison Park bagi meneruskan proses pemulihannya daripada kecederaan hamstring, yang memaksanya berehat sejak Mei lalu.

Terdapat dakwaan yang menyatakan pada Ogos bahawa Barkley menolak tawaran menyertai juara Liga Perdana Inggeris itu selepas mengharungi separuh ujian kesihatan walaupun pemain itu sendiri menafikan laporan tersebut.

Bagaimanapun, Chelsea dan Tottenham terus dikaitkan dengan pemain kebangsaan England itu menjelang jendela perpindahan yang bakal dibuka semula bulan depan dan Allardyce mengakui masa depan Barkley di luar genggamannya.

"Saya berharap Barkley akan terus bersama kami tetapi ia bukan keputusan saya," katanya.

"Jika dia kekal, saya sangat gembira. Dia mampu mempertingkatkan mutu skuad bagi mengharungi baki musim ini.

"Saya berharap dia akan kembali cergas dan dapat beraksi dalam kesebelasan utama pasukan," ujarnya.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen