Alisson nikmati saat terbaik bersama Liverpool

Oleh Ammar Hakim 30 Julai 2020 1077
Alisson nikmati saat terbaik bersama Liverpool
Penjaga gol, Alisson, mendedahkan bagaimana perasaan sebahagian daripada keluarga Liverpool hasil usaha kelab untuk membantunya menyesuaikan diri di Merseyside.

Pemain kebangsaan Brazil itu menikmati dua musim yang cemerlang di bawah kendalian Jurgen Klopp sejak tiba dari Roma Julai 2018.

Selepas menjulang Liga Juara-Juara pada penghujung penampilan pertama bersama kelab, dia membantu Liverpool menamatkan penantian 30 tahun musim ini, namun kecederaan menyaksikan dia membuat sekadar 29 penampilan musim ini.

Pemain berusia 27 tahun itu merupakan datang dengan nilai yang tinggi namun membuktikan dirinya sebagai pembelian yang berbaloi buat juara baru EPL itu.

"Buat saat ini, ia sungguh bermakna bagi saya," katanya.

"Kejayaan yang paling tinggi dalam bola sepak pernah saya terima bersama kelab, menerusi kelab, individu dan rakan sepasukan. Ia sungguh bermakna buat diri dan keluarga.

"Kelab ini melayani anda sebagai sebahagian daripada ahli keluarga dan memberikan sokongan yang diperlukan untuk anda bermain bola sepak, memberikan tumpaun ketika bermain bola sepak.
 

Objektif utama Alisson adalah memastikan bola tidak melepasi gawangnya, dana dia menjalankan tugas buat Liverpool serta turut melakukan bantuan jaringan dalam saingan liga.

 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen