Frank Lampard memberitahu bintang Chelsea bahawa mereka 'seharusnya bermain dengan lebih baik' ketika melepaskan kelebihan 2-0 sebelum seri 3-3 dengan Southampton di Stamford Bridge.

Dua jaringan cemerlang daripada Timo Werner membenarkan Chelsea mendahului aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu, namun tuan rumah membenarkan Danny Ings untuk mengurangkan defisit jaringan sebelum tamat separuh masa pertama.

Penjaga gol bukan pilihan, Kepa Arrizabalaga, hadir dalam perlawanan ketika Edouard Mendy mengalami kecederaan, melakuka kesilapan dan dihukum dengan jaringan penyamaan yang disumbat oleh Che Adams.

Kai Havertz hampir memastikan kemenangan Chelsea, tetapi percubaan Theo Walcott telah dibantu oleh Jannik Vestergaard bagi memastikan Southampton pulang dengan satu mata.



Chelsea berbelanja besar untuk membawa masuk Werner dan Havertz ketika jendela perpindahan namun pertahanan tengah masih lagi menjadi masalah utama pasukan, dengan pemain veteran, Thiago Silva, tidak diturunkan, gandingan Kurt Zouma dan Andreas Christensen kelihatan mudah ditembusi.

"Saya kecewa, sama juga dengan pemain. Kami bermain baik dalam separuh masa pertama, mendahului dengan dua jaringan dan boleh menambah lagi bilangan tersebut.

"Anda mengetahui jika dibolosi pada penghujung permainan, ia boleh mengubah keputusan perlawanan. Sangat mengecewakan."