Aksi De Gea datang daripada naluri

Oleh Penulis Jemputan 15 Oktober 2017 4969
Aksi De Gea datang daripada naluri
Penjaga gol Manchester United, David de Gea, menyifatkan kehebatannya menyelamatkan gawang daripada dibolosi ketika menentang Liverpool datang daripada nalurinya.

De Gea menjadi perhatian utama dalam perlawanan selepas reaksi pantas menyelamatkan percubaan Joel Matip menggunakan kaki yang membolehkan United pulang dengan satu mata.

Musim lalu, dia juga menafikan kemenangan buat Liverpool di Anfield selepas melayangkan badan untuk menggagalkan percubaan jarak jauh Philippe Coutinho.

“Saya cuba untuk bertindak-balas dengan lebih pantas dan kadangkala bola sepak menjadi sangat laju. Akhirnya saya menggunakan kaki untuk menghalang percubaan itu.

“Ia datang daripada naluri untuk menampan bola itu. Saya tidak pasti sama ada ia sama hebat dengan aksi ketika menafikan percubaan Coutinho pada musim lalu. Setiap halangan adalah penting, terutama di Anfield. Saya berasa amat bagus,” katanya.

Manchester United gagal mempamerkan aksi terbaik dalam perlawanan yang menyaksikan Liverpool lebih mendominasi keseluruhan aksi dan ia diakui oleh penjaga gol Sepanyol itu.

“Kami sentiasa cuba untuk menang tetapi hari ini Liverpool bermain dengan lebih baik.

“Bagaimanapun, kami gembira dapat membawa pulang satu mata,” katanya.
 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen