Ake akan menyerlah bersama City -- Toure

Oleh Ammar Hakim 6 Ogos 2020 229
Ake akan menyerlah bersama City -- Toure
Nathan Ake memiliki kebijaksaan untuk berjaya di Manchester City di sebalik tubuhnya yang agak kecil, menurut Kolo Toure.

City telah menyempurnakan perpindahan yang bernilai GBP41 juta untuk memperkuatkan pilihan pertahanan dengan membawa masuk khidmat pemain kebangsaan Belanda, Ake daripada pasukan yang tersingkir, Bournemouth.

Pemain berusia 25 tahun itu memiliki ketinggian 180 sentimeter, semestianya kehadirannya tidak akan meningkatkan dominasi di udara buat pasukan City.

Tetapi Toure, yang memenangi gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) sebagai pertahanan tengah City dan Arsenal walaupun memiliki ketinggian yang hampir sama, percaya Ake telah membuktikan dirinya seorang pemain yang berkemahiran tinggi untuk menutup kelemahannya itu.

".Anda perlu bijak, anda perlu menjangka apa yang bakal berlaku dengan lebih cepat," katanya.

"Ketika anda melompat, anda perlu memastikan dapat membaca gerakan bola untuk menyerangnya pada waktu yang tepat.

"Dia memilikinya. Anda dapat melihat dia seorang pemain yang bijak. Saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) terkenal dengan hantaran jauh dan jika anda bijak mengatur langkah, anda dapat menawan bola."



Salah seorang pemain yang bakal bergandingan bersama Ake di City nanti adalah Aymeric Laporte.

Peranan utama Ake dalam skuad Pep Guardiola itu dijangka perlu menilai cara permainan pertahanan kelahiran Perancis itu, dengan perpindahan mendapatkan khidmat Kalidou Koulibaly dari Napoli atau pemain Sevilla, Diego Carlos, turut dicadangkan untuk memperkuatkan lagi pasukan.

"Agak ganjil menyaksikan dua pertahanan yang menggunakan kaki kiri. Tetapi mengapi tidak jika anda memiliki dua pertahanan yang menggunakan kaki kanan? Selagi mereka bijak 
menilai situasi dan dapat menggunakan kaki kanan juga."



 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen