Aguero tidak akan tinggalkan City -- Gundogan

Oleh Chris Myson 7 November 2016 0
Aguero tidak akan tinggalkan City -- Gundogan

Pemain tengah Manchester City, Ilkay Gundogan, yakin penyerang, Sergio Aguero, akan kekal bersama pasukan.

Paris Saint-Germain dan Real Madrid merupakan kelab-kelab ternama yang dikaitkan dengan perpindahan pemain kebangsaan Argentina itu sejak diketepikan oleh pengurus, Pep Guardiola, dalam perlawanan Liga Juara-Juara di Nou Camp.

Aguero kembali menyertai kesebelasan utama pasukan ketika menewaskan Barca dan meledak gol ke-150 buat The Citizens ketika seri 1-1 dengan Middlesbrough dalam aksi Liga Perdana Inggeris.

"Saya berasakan dia akan kekal di Stadium Etihad -- Aguero akan kekal bersama kami," kata Gundogan kepada The Mirror.

"Aguero adalah pemain yang penting buat kami. Walaupun tidak menjaringkan gol ketika menewaskan Barcelona, dia telah bekerja keras dan cuba untuk mengawal bola.

"Dia adalah seorang penyerang yang bagus. Saya bertuah beraksi dengan Robert Lewandowski di Borussia Dortmund dan kini bersama Aguero.

"Lewandowski lebih tinggi tetapi kedua-dua penyerang sangat bagus mengawal bola. Aguero bagaikan mesin menjaringkan gol."

Tentang Penulis

Chris Myson

Komen