MANCHESTER CITY 5 BURNLEY 0

Pep Guardiola mungkin kehilangan penjaring terbanyak, Sergio Aguero, untuk jangka masa yang panjang kerana menganggap kecederaan lutut penyerang Manchester City itu "tidak kelihatan bagus".


Aguero membuka laluan untuk kemenangan awal pagi tadi apabila memenangi sepakan penalti dalam babak pertama untuk The Citizens membelasah Burnley 5-0 di Stadium Etihad.

Guardiola belum lagi pasti situasi itu dengan tepat tetapi mengatakan kepada Sky Sports, pemain antarabangsa Argentina berkenaan sudah pun menanggung kesakitan di lututnya dan nampaknya bertambah buruk selepas diterjah ketua pasukan pelawat, Ben Mee.

"Ia tidak kelihatan baik. Sesuatu terjadi ke atas lututnya jadi mari kita lihat esok," kata pengurus City itu.

"Dia berasakan sesuatu di lututnya dan dia bergelut akibatnya sejak bulan lalu, jadi kami akan lihatnya.

"Saya bukan doktor, tetapi ia tidak kelihatan bagus."

Riyad Mahrez mengambil tanggunjawab itu untuk mencetak gol kedua permainan manakala jaringan berganda Phil Foden -- yang membuka tirai gol perlawanan-- menyusuli gol David Silva.

Aguero telah menyumbat 23 gol musim ini, dengan 16 daripadanya menerusi Liga Perdana Inggeris (EPL) -- purata satu gol dalam tempoh 91 minit.