Aguero bebas kecederaan, sedia hadapi Leicester

Oleh Penulis Jemputan 17 November 2017 165
Aguero bebas kecederaan, sedia hadapi Leicester
Penyerang Manchester City, Sergio Aguero, mengisytiharkan dirinya cergas sepenuhnya untuk aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) berdepan Leicester City, esok.

Penyerang itu telah dibawa ke hospital di Krasnodar pada separuh masa apabila Argentina tewas 4-2 kepada Nigeria dalam aksi persahabatan di Russia.

Aguero telah dibenarkan pulang ke Manchester dan kelab itu telah menyatakan bahawa mereka sedang memantau keadaannya sebelum menghadapi perlawanan di Stadium King Power.

Pemain berusia 29 tahun itu menyifatkan dirinya sudah bersedia menghadapi perlawanan akan datang selepas ujian mengesahkan Aguero tidak menghadapi sebarang masalah kesihatan. Aguero telah menjaringkan lapan gol dalam saingan EPL musim ini, sekaligus membantu pasukannya mendahului saingan dengan kelebihan lapan mata selepas 11 perlawanan.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen