Pep Guardiola menyifatkan penyerang, Sergio Aguero, berada pada tahap terbaik untuk beraksi bersama Manchester City walauapun telah dikejarkan ke hospital ketika menghadapi aksi perlawanan antarabangsa.

Aguero pengsan ketika separuh masa dalam perlawanan persahabatan Argentina berdepan Nigeria di Krasnodar tetapi telah dibenarkan pulang ke Manchester.

Penjaring terbanyak City itu telah mengisytiharkan bersedia untuk berdepan Leicester City hari ini dan Guardiola menyuarakan keyakinannya terhadap penyerang itu.

"Aguero bersama pasukan sejak dua hari lalu, dia telah bertemu doktor dan berada pada tahap terbaik.

"Dia pengsan ketika bersama Argentina. Tetapi sekarang tiada apa yang harus dikhuatiri," kata Guardiola.

Terdapat beberapa perkara yang lebih penting mengenai kecergasan Fabian Delph selepas pemain itu terlepas aksi antarabangsa bersama England untuk bertemu Jerman dan Brazil.

"Saya tidak tahu sama ada Delph dapat beraksi kerana dalam empat sesi latihan yang telah ditetapkan, dia hanya menjalani dua daripadanya.

"Kami berharap dia pulih sepenuhnya kerana diamemiliki pengaruh dalam pasukan," katanya.