Abraham: Kata semangat Lampard cetus kebangkitan Chelsea

Oleh Ammar Hakim 27 September 2020 438
Abraham: Kata semangat Lampard cetus kebangkitan Chelsea
Tammy Abraham mendedahkan kata-kata semangat Frank Lampard menjadi pemangkin kebangkitan Chelsea ketika seri 3-3 dengan West Brom.

The Blues goyah ketika bertahan apabila membenarkan The Baggies mendahului 3-0 dalam tempoh 27 minit pertama di The Hawthorns, di mana Thiago Silva mengharungi penampilan sulung yang sukar dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL).

Tetapi pasukan pelawat akhirnya dapat menarik nafas lega apabila Mason Mount dan Callum Hudson-Odoi menjaringkan gol sebelum Abraham menyempurnakan kebangkitan untuk pulang dengan satu mata.

Dan penyerang England itu memuji impak pengurus dalam separuh masa dan yang meningkatkan semangat pasukan.

 

"Kami agak kecewa ketika ketinggalan dan keluar mengharungi separuh masa kedua dengan semangat yang berbeza," kata Abraham kepada Sky Sports.

"Lampard berkata kami tidak beraksi seperti pasukan yang sudah bersedia dan kami perlu kembali bangkit dalam separuh masa kedua.

"Jaringan Mason memberikan keyakinan kepada kami. Saya mengetahui kami akan meraih peluang dan bangkit daripada ketinggalan 3-0 bukan sesuatu yang mudah."

 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen