Ratu terjun negara, Cheong Jung Hoong, tidak mahu tertekan tatkala acara terjun temasya KL2017 akan membuka tirai esok hanya disebabkan statusnya selaku juara dunia.

Sebaliknya, dia menegaskan acara 1 meter papan anjal yang bakal disertainya tetap meletakkan namanya sebaris dengan peserta Sukan SEA yang lain.

Kejayaan muncul juara acara 10 meter platform individu dalam Kejohanan Dunia di Budapest, Julai lalu, bukan tiket mudah untuk dia menampilkan kredibiliti yang sama.

"Saya akan menyertai acara 1m papan anjal dan ia memiliki kesukaran yang tersendiri.

"Saya mahu memberikan yang terbaik untuk Malaysia," ujarnya.

Walaupun umum mengetahui kemampuan skuad terjun negara di peringkat dunia, Jun Hoong lebih selesa untuk merendah diri daripada membiarkan tekanan terus mengatasinya.

Bakal beraksi selaku peserta tuan rumah, Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil bukan kelebihan untuk skuad Yang Zhuliang memandangkan mereka menjalani kem latihan kebangsaan di China sepanjang tahun ini.

"Kami cuba memastikan tidak tertekan dengan tanggungjawab ini, sebaliknya mengambilnya sebagai satu cabaran positif.

"Sasaran kami adalah meraih semua pingat emas," tambah Jun Hoong.

Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.