Skuasy wanita negara bangkit untuk mengelak kekecewaan dengan menewaskan Singapura 2-1 bagi memastikan emas acara berpasukan Sukan SEA Ke-29 milik Malaysia di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil, hari ini.

Malaysia sudah kehilangan satu emas dalam sukan ini apabila skuad lelaki tersingkir mengejut dalam separuh akhir akibat tewas kepada Filipina.

Dalam saingan hari ini, kebimbangan terbit dalam kem negara apabila wakil pertama yang turun ke gelanggang, Ooi Kah Yan, tewas kepada Pamela Chua, 10-12, 11-4, 4-11, 11-7, 9-11.

Berbekalkan semangat perjuangan Kah Yan, Andrea Lee memastikan pertembungan yang diheret ke set penentuan menang 11-8, 11-6, 11-6, sekaligus menjadikan kedudukan 1-1.

Taruhan terbaik negara, Aifa Azman, nyata tidak mengecewakan apabila memastikan emas milik Malaysia selepas menewaskan S. Sneha 11-6, 11-4, 11-6.

"Ya, memang kita kena menang kerana sasaran kita adalah tujuh emas daripada skuasy dan kita sudah kehilangan satu emas (daripada berpasukan lelaki).

"Jadi, ia memang sangat penting untuk kami menang hari ini," kata Aifa.

"Saya sangat-sangat gembira kerana ini adalah penyertaan pertama saya dalam Sukan SEA dan saya mendapat satu emas," tambahnya.

Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.