Sepak takraw kembali bersambung hari ini dengan beregu wanita dijangka tiada masalah untuk menggenggam pingat gangsa temasya KL2017.

Skuad beregu wanita menamatkan saingan separuh akhir dengan kekalahan 12-21, 19-21, namun berjaya memberikan tentangan hebat kepada pasukan pilihan, Thailand.

Begitupun, ketua pasukan negara, Nor Farhana Khamis, tetap berpuas hati dengan pingat yang dimenangi.

"Memang saya berpuas hati kerana dapat mengutip mata dengan Thailand meskipun kami tewas. Aksi kami lebih baik berbanding sebelum ini," ujarnya.

Farhana dan rakan-rakan tetap memberikan cabaran hebat sungguhpun acara beregu wanita kurang diberikan tumpuan berbanding acara lain.

"Walaupun acara ini bukan pilihan saya, tetapi setelah diberi tanggungjawab untuk bertanding, saya cuba memberikan aksi terbaik," tambah Farhana.

Turut senada, jurulatih negara, Mod Fikri Md Nor, yang menganggap skuad wanita semakin mempamerkan petunjuk positif dengan berkata: "Saya nampak memang ada banyak peningkatan.

"Dalam acara beregu, kami tidak dapat memberi saingan dalam set pertama, tetapi kami berjaya beri saingan dalam set kedua sehingga hampir menghasilkan kemenangan ke atas Thailand."

Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.