Lima perenang negara melayakkan diri ke pentas final selepas melepasi acara saringan masing-masing dalam aksi di Pusat Akuatik Nasional, sebentar tadi.

Phee Jinq En mengetuai senarai apabila menduduki tangga teratas kategori 100 meter kuak dada wanita dengan masa 1 minit 10.41 saat dan diikuti Erika Kong yang berada di tempat kelima (1:12.08s).

Tern Jian Han, Nadia Adrianna Redza dan Lim Ching Hwang menjadi wakil tunggal negara ke final dalam kategori masing-masing selepas Jian Han mencatat 1:01.00s, Nadia (2:26.20s) serta Ching Hwang (2:06.82s) bagi kategori 100m kuak lentang lelaki, 200m rampaian perseorangan wanita dan 200m rampaian perseorangan lelaki.

Bagaimanapun, hasrat Jordan Yip untuk mengikut jejak langkah Ching Hwang tidak kesampaian selepas sekadar mencatat masa 2:09.63s.

Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.