Skuad hoki lelaki negara meneruskan rentak cemerlang apabila membelasah Thailand 6-0 dalam aksi di Stadium Hoki Nasional, sebentar tadi.

Selepas membelasah Indonesia 18-1 dalam aksi pertama, ternyata anak buah Stephen Van Huizen masih belum puas apabila mendahului 4-0 dalam suku pertama menerusi Azri Hassan, Rosli Ramadan, Aiman Nik Rosemi dan Faizal Saari.

Faizal menjaringkan gol kedua peribadi dan kelima negara pada minit ke-54 sebelum Rosli turut mencatat nama buat kali kedua dalam senarai penjaring lima minit kemudian untuk Malaysia mendahului 6-0 sehingga ke wisel penamat.

Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.