Skuad gimrama negara terus mempamerkan persembahan yang unggul selepas meraih emas ke-101 negara dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dalam acara berpasukan disiplin campuran, sebentar tadi.

Pada sebelah pagi, skuad gimrama negara berjaya meraih empat emas menerusi disiplin bola, gelung, belantan dan riben, sekaligus menuai emas yang ke-100 untuk negara.

Malaysia yang dibarisi oleh Amira Sofiya Amirul Fares, Chan Mei Thung, Koh Jei Yi, Tee Wei Qi, Tee Wei Wen dan Thew Yue Jia unggul bagi menambah koleksi pingat dalam acara berpasukan disiplin campuran (dua tali dan tiga bola).

Mereka meraih 15.350 mata untuk emas manakala Vietnam di tempat kedua dengan 13.650 mata manakala Singapura di tempat ketiga (11.450 mata)."Kami menyasarkan enam daripada lapan emas tetapi dalam hati kami sudah tentu kami mahu menyapu bersih kesemua lapan emas. Jadi kami sangat berpuas hati kerana berjaya melakukannya. Terutamanya ini adalah acara terakhir," kata Amira.


"Kami berlatih dengan keras dan cuba untuk mendapatkan sasaran iaitu dua emas terutamanya di laman sendiri. Saya sangat gembira kerana menjadi rakyat Malaysia," Wen Qi.

Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.

Kredit imej: Twitter AtletMalaysia