Skuad chinlone menambah koleksi pingat gangsa buat Malaysia selepas menduduki tempat ketiga acara non-repetition secondary Sukan SEA Ke-29 di Stadium Tertutup Tititwangsa, sebentar tadi.

Dalam acara keempat chinlone itu, Malaysia mengumpul 106 mata, sekaligus gagal menempatkan diri ke peringkat akhir.

Sementara itu, Myanmar (149 mata) meraih emas ketiga untuk disiplin chinlone selepas menang tipis ke atas Laos (148 mata) dalam final.

"Sebelum itu, saya megucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana memberikan sokongan kepada kami dan hari ini tidak ada momentum.

"Kami tidak pernah dapat mata sebegini. Kami sekadar mengambil bahagian dalam acara ini dan Alhamdulillah, kami mendapat gangsa," kata ketua pasukan, Mohd Idham Sulaiman.

Mengulas mengenai saingan dalam disiplin non-repetition primary petang ini, dia berkata: "Kami akan memberikan emas dalam acara ini kerana ia merupakan sasaran kami.

"Dalam latihan pun kami memberikan tumpuan dalam acara ini. Kami harap dapat memastikannya."