Usaha yang tidak mengenal erti putus asa akhirnya membuahkan hasil buat Siti Zalina Ahmad selepas berjaya meraih pingat emas pertamanya sejak Sukan SEA 1999, kali ini menerusi kategori berpasukan wanita bersama gandingannya, Auni Fathiah Kamis.

Lapan belas tahun lalu, dia mengutip emas menerusi acara individu wanita, namun sejak itu dia gagal mengulangi skrip sama.

Bagaimanapun, ternyata percaturannya bersama Auni berjaya meraih emas kategori berpasukan wanita setelah menewaskan Brunei yang diwakili oleh Dayangku Nurul Nabilah PG Md Salleh dan Esmawandy Brahim 17-10, sekaligus menghadiahkan emas buat Malaysia.

"Beraksi di laman sendiri, kami menggunakan peluang untuk memperkuatkan setiap acara boling padang. Sebab itu saya diletakkan dalam acara regu. Ia telah membuahkan hasil selepas semua atlet berjaya mara ke final.

"Saya sangat bersyukur kerana berjaya meraih kemenangan ini. Sasaran utama kami adalah empat pingat emas. Kejayaan hari ini merupakan satu bonus buat kami dalam usaha membantu Malaysia menjadi juara keseluruhan," kata Siti Zalina.

"Saya sangat bersyukur kerana berjaya meraih pingat emas dalam penampilan pertama Sukan SEA.

"Saya telah bergandingan dengan Siti Zalina agak lama. Saya sangat bersyukur kerana strategi kami membuahkan hasil," ujar Auni pula.

Pingat gangsa menjadi milik Filipina selepas Asuncion Bruce dan Ainie Knight menumbangkan cabaran wakil dari Thailand 13-11.


Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.