Emma Firyana Saroji menamatkan penantian negara sejak 1999 untuk merangkul gelaran juara perseorangan boling padang wanita dalam Sukan SEA di Pusat Boling Padang Nasional, Bukit Kiara, sebentar tadi.

Anggota polis itu mengharumkan nama negara untuk emas ketujuh daripada skuad boling padang dengan menewaskan pemain dari Brunei, Amaliah Matali, dengan 21-12 selepas 22 ends.

Aksi awal permainan menyaksikan Amaliah terlebih dahulu mendahului perlawanan sebelum Emma bangkit dalam ends ke-6 sekaligus mendahului permainan sehingga tamat perlawanan.

Sementara itu, Singapura memenangi gangsa dengan menewaskan Thailand, 21-18.

Kejayaan ini menyaksikan mereka melangkaui empat pingat emas yang disasarkan Persatuan Boling Padang Malaysia (PLBM).

Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.