Perenang lelaki negara, Tia'a Faang Der, melayakkan diri ke final acara 200 meter kuak kupu-kupu Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 selepas mencatatkan masa 2 minit 2.67 saat dalam aksi saringan di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil.

Final acara 50m kuak dada wanita bakal menyaksikan dua perenang negara berentap, iaitu Phee Jinq En dan Erika Kong Chia Chia yang merekodkan masa 32.21 dan 32.5 saat.

Turut ke final adalah Daniel Jun Liang Lim (200m kuak dada lelaki) selepas meraih catatan 2:19:42.

Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.