Era hoki kebangsaan di bawah ketua jurulatih, Arul Selvaraj, bermula dengan sesi ujian kecergasan membabitkan 13 muka baru daripada senarai 38 nama.

"Ujian fizikal petang ini sebenarnya (melibatkan) tahap aerobik bagi menilai 13 muka baru.

"Pemain selebihnya sebenarnya sudah melakukannya beberapa minggu lalu, iaitu sebelum Piala Tun Abdul Razak 2020.

"Saya perlukan data profil untuk muka-muka baru. Mereka telah beraksi selama sebulan lebih sebelum mengharungi ujian ini dan saya gembira dengan keputusannya," kata jurulatih itu ketika diwawancara wartawan Nadi Arena, Shahrazad Sani, ketika sesi latihan di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, hari ini.

Sebelum menyertai 25 pemain lain dalam skuad kebangsaan, 13 muka-muka baru termasuk mereka yang mendapat panggilan...

Posted by Malaysian Hockey Confederation on Friday, October 2, 2020


Sementara itu kelompok besar pemain bagi panggilan fasa pertama itu bertujuan memudahkannya untuk memilih barisan pemain terbaik menerusi siri aksi pemanas badan.

"Isnin lalu, saya ada mengadakan perbincangan ringkas dengan barisan pemain bagi menyatakan apa yang saya hendak (tuntut) daripada mereka sepanjang empat minggu ini.

"Kami akan mengharungi enam hingga lapan perlawanan persahabatan sebelum saya membuat senarai akhir (25 pemain) hujung bulan ini, katanya lagi.